Make your own free website on Tripod.com

[[EPISOD 1]]

RESEPI PERTAMA

"TOM YAM KUNG"
BAHAN-BAHAN

3 Tangkai Lada Kering
2 Tangkai Serai
2 Biji Bawang Besar
2 Sudu Besar Gula
2 Sudu Besar Pes Tomyam
500ml Nampla (sos ikan)
3 Helai Daun Limau Purut
5 Biji Cili Padi
100g Udang
2 Tangkai Daun Sup
1 Sudu Besar Sos Tipparot
1 Biji Tomato (potong 4)
3 Kuntum Cendawan Butang (potong 4)
2 Sudu Besar Stok Ikan

CARA MEMBUAT

1. Masukkan stok ikan dan didihkan selama 3 minit
2. Masukkan daun limau purut,serai yang telah dipotong.
3. Kemudian masukkan bawang yang telah dipotong.
4. Selepas itu masukkan udang,cendawan,tomato,sedikit gula,nampla (sos ikan),air limau nipis dan susu cair.
5. Akhir sekali taburkan daun bawang dan daun ketumbar.

 

RESEPI KEDUA

"IKAN SALAD MANGGA"
BAHAN-BAHAN

3kg Ikan Kapas "Pla Sam Li"
½ Cawan kacang Tanah Kacang Tanah
300g Mangga (dihiris)
2 Sudu Besar Udang Kering
Gula Secukup Rasa
2 Tangkai Daun Selasih
3 Tangkai Daun ketumbar
2 Batang Serai

CARA MEMBUAT

1. Gorengkan ikan kapas tanpa garam hingga garing
2. Sementara itu gaulkan mangga yang telah dihiris,masukkan cili padi yang telah dipotong,udang kering,kacang tanah yang telah dikisar dan nampla (sos ikan)
3. Gaulkan hingga sebati
4. Setelah selesai ikan digorengkan tuang salad mangga yang siap digaul ke atas ikan tersebut.

Copyright © 2003 by E-Style Sdn Bhd. All rights reserved.