Make your own free website on Tripod.com

[[EPISOD 10]]

RESEPI PERTAMA

"LAKSA KUAH SIAM"
BAHAN-BAHAN (KUAH BERSANTAN)

3 Biji Bawang Putih (dikisar)
10 Tangkai Lada Kering (dikisar)
3 Batang Serai (dikisar)
2 Keping Asam Keping (dikisar)
3cm Kunyit (dikisar)
3cm Lengkuas (dikisar)
1 Sudu Besar Belacan (dikisar)
1/ 2 kg Ikan Kembung (dikisar)
3 Biji Bawang Merah (dikisar)
2 Mangkuk Kecil Santan
Garam dan Gula Secukup Rasa
Sedikit Serbuk Perasa

CARA MEMBUAT

1. Masukkan santan, rempah yang telah dikisar dan tumiskan.
2. Kemudian masukkan ikan kembung, garam, gula, sedikit serbuk perasa Ajinamoto dan asam keping.
3. Siap untuk dihidang bersama mee laksa.

BAHAN-BAHAN (KUAH ASAM)

10 Tangkai Lada Kering (dikisar)
3 Batang Serai (dikisar)
2 Keping Asam Keping (dikisar)
3cm Kunyit (dikisar)
3cm Lengkuas (dikisar)
1 Sudu Besar Belacan (dikisar)
1/ 2 kg Ikan Kembung (jangan terlalu hancur)
3 Biji Bawang Merah (dikisar)
Garam dan Gula Secukup Rasa
Sedikit Serbuk Perasa
Rebung
Kacang Panjang
Daun Petai
Daun Selasih

CARA MEMBUAT

1. Masukkan air hingga mendidih.
2. Masukkan kacang panjang, terung pipit, ikan, dan asam keeping.
3. Dimakan bersama daun petai dan daun selasi

 

RESEPI KEDUA

"KUIH BUTIR NANGKA"
BAHAN-BAHAN

½ kg Kacang Hijau (dibuang kulit)
600gm Gula
2 Mangkuk Kecil Santan
10 Biji Telur
Sedikit Garam

CARA MEMBUAT

1. Rendam kacang hijau dan kukus selama 10 minit (untuk dijadikan doh).
2. Ditumbuk hingga menjadi doh yang agak kering. Doh kemudiannya dibentuk menjadi butir nangka. Ketepikan.
3. Panaskan kuali, masukkan air gula, santan dan kacau sehingga menjadi likat.
4. Ambil kuning telur, dipukul sehingga sebati.
5. Butir yang telah dibentuk dicelup ke dalam kuning telur, dimasukkan ke dalam air gula yang telah dididihkan.

Copyright © 2003 by E-Style Sdn Bhd. All rights reserved.