Make your own free website on Tripod.com

[[EPISOD 11]]

RESEPI PERTAMA

"GULAI HIJAU"
BAHAN-BAHAN

3 Sudu Besar Air Daun Cukup Manis
3cm Lengkuas
2 Batang Serai
½ Sudu Besar Serbuk Lada Putih
3 Biji Bawang Putih
3 Ulas Bawang Merah
1 Mangkuk Besar Santan Pekat
400gm Isi Ayam
Garam dan Gula Secukup Rasa

CARA MEMBUAT

1. Masukkan santan hingga mendidih.
2. Masukkan ayam, garam, gula, air daun cukup manis, kacang panjang, terung dan biarkan sehingga ia mendidih.
3. Masukkan daun selasih sebelum dihidangkan.

 

RESEPI KEDUA

"CHO MUANG"
BAHAN-BAHAN

200gm Isi Ayam
1 Biji Bawang Besar
200gm Lobak Jeruk
3 Biji Bawang Putih
5 Helai Bunga Telang
5 Biji Cili Padi
5 Helai Daun Ketumbar
2 Sudu Besar Nampla (sos ikan)
1 Sudu Besar Minyak Masak
300gm Kacang Tanah (dikisar)
300gm Tepung Beras
200gm Tepung Ubi
Sedikit Manisan Thai

CARA MEMBUAT

DOH

1. Bunga telang dicelur dengan air panas.
2. Kemudian campurkan tepung beras bersama tepung ubi dan digoreng sehingga masak. Gaul sehingga menjadi doh.

INTI

1. Masukkan ayam yang telah dikisar, lobak jeruk, manisan Thai, kacang tumbuk, bawang putih dan kicap cair.
2. Panaskan minyak, goreng inti yang telah dicampur hingga ia kering.

3. Inti yang telah siap digoreng dimasukkan ke dalam doh untuk dibentuk. Kukus selama 3 minit.

Copyright © 2003 by E-Style Sdn Bhd. All rights reserved.