Make your own free website on Tripod.com

[[EPISOD 12]]

RESEPI PERTAMA

"IKAN TENGGIRI MASAK KICAP"
BAHAN-BAHAN


300gm Ikan Tenggiri
1 Sudu Besar Sos Tiram
1 Sudu Besar Nampla (sos ikan)
1 Sudu Besar Kicap Kacang Soya
2 Sudu Besar Gula
2 Sudu Besar Minyak Sayur
5 Helai Daun Parsli Thai
5 Helai Daun Bawang
8 Biji Cili Padi
1 Biji Bawang Besar (dipotong bulat)
1 Mangkuk Kecil Kacang Peas

CARA MEMBUAT

1. Panaskan minyak dan goreng ikan tenggiri sehingga garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, masukkkan sos ikan, sos soya putih, sos tiram dan sedikit gula.
3. Masukkan daun bawang, daun parsli Thai, cili merah, bawang merah dan kacang peas ke dalam kuali.
4. Setelah masak tuangkan campuran sos ke atas ikan tenggiri.
5. Hiaskan bersama daun bawang dan daun parsli Thai.

 

RESEPI KEDUA

"KERABU RAMBUTAN"
BAHAN-BAHAN

1 Mangkuk Rambutan (dibuang biji)
½ Mangkuk Tauhu (dihiris)
½ Mangkuk Udang
¼ Mangkuk Timun (dihiris)
2 Sudu Daun Parsli Cina
2 Sudu Daun Bawang
1 Biji Tomato (dihiris)
1 Batang Lobak Merah
1 Sudu Kecil Cili
1 Sudu Besar Gula
2 Sudu Besar Jus Limau Nipis
1 Sudu Besar Nampla (sos ikan)
1 Sudu Besar Cili Hijau

CARA MEMBUAT

1. Gaulkan gula, jus limau nipis, sos ikan dan cili hijau yang telah dikisar.
2. Masukkan rambutan, tauhu goreng, timun yang telah dipotong serta udang ke dalam mangkuk.
3. Campurkan kesemua campuran tersebut di dalam satu mangkuk.
4. Sedia dihidang.

Copyright © 2003 by E-Style Sdn Bhd. All rights reserved.