Make your own free website on Tripod.com

[[EPISOD 2]]

RESEPI PERTAMA

"JANTUNG PISANG"
BAHAN-BAHAN

4 Biji Bawang Kecil
5 Tangkai Cili Kering
5 Helai Daun Limau Purut
2 Sudu Besar Nampla (sos ikan)
2 Sudu Besar Gula
100 ml Santan
3 Biji Cili Padi
100 gm Udang Kering
2 Biji Jantung Pisang
¼ Ekor Ayam (dipotong dadu)
1 Sudu Besar Pes Tomyam
1 Mangkuk Kecil Stok Ayam

CARA MEMBUAT

1. Masukkan santan hingga mendidih, udang kering, pes tomyam, daun limau purut, cili padi, gula, nampla (sos ikan), dan stok ayam.
2. Hiriskan jantung pisang, kemudian celurkan dengan air limau supaya tidak hitam.
3. Kemudian, tuangkan sos yang telah dibuat ke dalam jantung pisang yang telah siap dicelur.

 

RESEPI KEDUA

"SAMBAL BELACAN"
BAHAN-BAHAN

2 Sudu Besar Belacan
5 Ekor Udang (rebus)
4 Sudu Besar Jus Limau Purut
Gula Secukup Rasa
3 Biji Bawang Putih
20 Biji Cili Siam

CARA MEMBUAT

1. Cili ditumbuk, masukkan belacan yang telah distim, udang dan jus limau purut.

Dihidangkan bersama…..
-Petai
-Jering
-Terung Siam
-Kacang Botol
-Kacang Panjang
-Timun

Copyright © 2003 by E-Style Sdn Bhd. All rights reserved.