Make your own free website on Tripod.com

[[EPISOD 4]]

RESEPI PERTAMA

"PULUT AYAM PANGGANG"
BAHAN-BAHAN

½ kg Pulut
1 Ekor Ayam

BAHAN PERAP

1 Sudu Besar Serbuk Kari Thai
1 Sudu Besar Gula
1 Sudu Besar Lada Sulah
2 Sudu Besar Kicap Kacang Soya Cair

CARA MEMBUAT

-Perapan ayam

1. Campurkan kesemua rempah dan perapkan selama ½ jam.
2. Kemudian gorengkan ayam tersebut.


-Penyediaan Pulut

1. Rendamkan selama ½ jam dan kukus sehingga masak.

Pulut dihidang bersama ayam yang telah siap digoreng.

 

RESEPI KEDUA

"SOM TAM"
BAHAN-BAHAN

3 Sudu Besar Nampla (sos ikan)
3 Sudu Besar Jus Limau Nipis
60g Udang Kering
80g Kacang Tanah (goreng tanpa minyak)
3 Biji Bawang Putih
Gula Secukup Rasa
3 Tangkai Kangkung
3 Batang Kacang Panjang
¼ Kobis
3 Sudu Besar Air Asam Jawa
300g Betik (sederhana muda)

CARA MEMBUAT

1. Tumbuk bawang putih bersama cili.
2. Masukkan kacang panjang, jus limau nipis, nampla (sos ikan), dan air asam jawa.
3. Kemudian masukkan udang kering, gula dan kacang tanah.
4. Masukkan betik dan tumbukkan bersama bahan-bahan tersebut. Gaul hingga mesra.

Copyright © 2003 by E-Style Sdn Bhd. All rights reserved. All rights reserved.