Make your own free website on Tripod.com

[[EPISOD 5]]

RESEPI PERTAMA

SALAD UDANG RAPUH
"SALAD KUNG KROP"
BAHAN-BAHAN

300gm Isi Udang
1 Biji Bawang Besar
3 Helai Daun Salad
2 Helai Kobis
1/2 Batang Lobak Merah
1/2 Batang Timun (dipotong dadu)
1 Sudu Besar Sos Heau (Thailand)
1/2 Cawan Mayonis
3 Susu Besar Tepung Kanji
2 Biji Telur Putih
3 Sudu Besar Tepung Jagung

HIASAN

1 Sudu Besar Bijan
1 Biji Tomato (dipotong empat)

CARA MEMBUAT

1. Udang dicelup dengan campuran tepung kanji,tepung jagung dan putih telur

BAHAN UNTUK COLESLOW

1. Masukkan bawang besar yang telah dikisar dicampur dengan sos Heau (Thailand),dan gaulkan sehingga sebati dengan kobis,lobak merah,epal hijau,timun dan mayonis.
2. Kemudian hidangkan.

 

RESEPI KEDUA

AYAM LIMAU NIPIS
"KAIMANAN"
BAHAN-BAHAN

600gm Dada Ayam (dikisar)
2 Biji Telur
4 Sudu Besar Mayonis
1 Sudu Besar Kicap Cair
1/2 Sudu Kecil Serbuk Lada Sulah
1 Sudu Besar Minyak Bijan
2 Sudu Besar Jus Limau Nipis
6 Keping Kulit Ayam Bahagian Dada
Minyak Cukup Untuk Menggoreng
Garam Secukup Rasa
3 Helai Daun Kailam (dipotong halus)

CARA MEMBUAT

1. Ayam dipisahkan kulit dan isi.
2. Masukkan lada sulah,minyak bijan,tepung ubi,kicap cair dan sebutir telur. Kacau hingga sebati.
3. Setelah sebati kacau bersama isi ayam dan letakkan di atas kulit ayam. Leperkan kepingan tersebut.
4. Kukus kepingan ayam dan kulit tersebut hinga masak.Kemudian goreng hingga garing.
5. Panaskan minyak kemudian goreng sehingga garing.
6. Gorengkan hirisan daun kailam.
7. Potongkan kepingan ayam yang telah digoreng.
8. Hidangkan bersama hirisan daun kailam yang digoreng
9. Tuangkan mayonis di atas kepingan ayam
10.Kemudian hiriskan limau purut dan letakkan di atas kepingan ayam untuk dihidang.

Copyright © 2003 by E-Style Sdn Bhd. All rights reserved.