Make your own free website on Tripod.com

[[EPISOD 9]]

RESEPI PERTAMA

"BATANG BURUK"
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI

300gm Betik (celur/parut)
5 Biji Bawang Merah
2 Liter Santan
5 Helai Daun Serai
Secubit Lada Hitam
1 Biji Halia (dihiris)
200gm Gula
Ikan Tawar (rebus diambil isi/ditumbuk)
Garam Secukup Rasa
300gm Tepung Beras
3 Gelas Air

CARA MEMBUAT

INTI

1. Panaskan kuali tanpa minyak
2. Masukkan santan pekat,ikan tawar,bawang merah,serai dan lada hitam.
3. Masukkan betik dan kacau hingga sebati.

KULIT
1. Tepung beras dijemur dan dibancuh dengan air sejuk.
2. Masukkan dua senduk santan.
3. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak, kemudian ratakan tepung dan tutup kuali tersebut.


KUAH

1. Masukkan tepung ke dalam larutan santan bersama sedikit garam.
2. Apabila mendidih, masukkan daun pandan, halba dan gula pasir. Biarkan mendidih hingga pekat.


CARA MENGHIDANG

1. Kulit yang telah siap digoreng dimasukkan inti ke dalamnya.
2. Letakkan kuah di atas batang buruk.

 

RESEPI KEDUA

"GULAI NASI BERLAUK"
BAHAN-BAHAN

1 Ekor Ayam
10 Biji Bawang Merah (dikisar)
3 Biji BAwang Putih (dikisar)
2cm Kunyit (dikisar)
Garam Secukup Rasa
1 Batang Terung (telunjuk bulat)
30gm Kacang Panjang
1 Sudu Kecil Lada Hitam (dikisar)
½ Sudu Besar Belacan (dikisar)
3 Helai Daun Limau Purut
2 Sudu Kecil Nampla (sos ikan)
2 Sudu Besar Kicap Cair
3 Sudu Besar Minyak Masak

CARA MEMBUAT

1. Tumiskan bawang kecil, bawang putih, belacan, lada hitam, kicap cair, nampla, daun limau purut di atas api yang perlahan hingga naik bau.
2. Masukkan ayam, garam, gula, kacang panjang dan terung. Tunggu sehingga sayur empuk.
3. Hidangkan bersama nasi putih.

Copyright © 2003 by E-Style Sdn Bhd. All rights reserved.